Sibutramine sejenis racun berjadual yang diharamkan di Malaysia dijumpai dicampuraduk di dalam produk-produk pelangsingan haram seperti Figure UP, Lasmi, Best Slim dan Pretty White Slimming Diet. Kenapa ia diharamkan di Malaysia?
Ini adalah kerana kesan buruknya lebih banyak berbanding kebaikannya.
kesan sampingan Sibutramine melibatkan sistem saraf pusat (otak) yang pernah dilaporkan:
mulut kering, insomnia, pening, gemuruh, kebimbangan, kemurungan, sukar tidur, rangsangan otak, ketidakstabilan emosi, amnesia, kemarahan, tumpuan terjejas, kekeliruan, kemurungan teruk, menurun libido, meningkatkan libido, perubahan mood, mimpi buruk, kehilangan ingatan jangka pendek, masalah pertuturan, dan gayat. Kurang daripada 0.1 % daripada pesakit telah mengalami sawan semasa terapi.
Maka jangan kecantikan yang dicari tetapi akhirnya mudarat yang datang! Tiada rawatan pantas untuk menguruskan badan, silalah rujuk dengan pakarnya.
Kepada penjual-penjual ubat kurus di internet, sekarang adalah masa terbaik untuk menghentikannya.
#caknaubatanda
#caknajualanubatanda