Tip Pengambilan Air Kosong Di Bulan Ramadhan
Usaha utk kurus sangat berkait rapat dgn CUKUPNYA pengambilan air kosong.
Tp mcamana nak cukupkan keperluan air kosong masa bulan puasa.
Meh saya share beberapa tips mudah utk habiskan 2 ke 4 liter air kosong semasa berpuasa di bulan Ramadhan.
1. Semasa berbuka, mulakan dengan kurma & minum segelas air kosong suam terlebih dahulu.
2. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong
3. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong: 500 ml atau 1 liter bersama. Minumlah antara salam / dua rakaat. Sy galakkan botol air ber-straw
4. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi
katil anda...teguklah apabila terjaga malam.
5. Semasa bangun sahur...jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti anda bertarawih. Letakkan botol air di sisi anda.
6. Minumlah air kosong dengan tertib. Iaitu dengan cara, teguk air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula.
Selamat beramal. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan membawa kebaikan dunia dan akhirat.
Aminnn
#SharingIsCaring
#TeamIedaMizan
#IMJutawanSC
#IMLegacySC
#TipsKurusMudah